Sunday 22 February 2015

SESI SOALJAWAB



Berikut adalah antara soalan lazim orang ramai mengenai Teman Aura. Jika anda ada sebarang pertanyaan lain yang ingin ditujukan, bolehlah pm inbox facebook admin: HQ Teman Aura. 

InsyaALLAH admin akan cuba menerangkan secara terperinci tentang teman aura. :)


SOALAN LAZIM:

APAKAH TEMAN AURA?
Teman Aura ialah Terapi Mandian Aura yang mengandungi bahan semulajadi antaranya Garam Laut Mati dan juga kandungan mineral semulajadi. Formulasinya bersifat anti kanser dan terbukti berkesan ke atas pelbagai penyakit.

ADAKAH TEMAN AURA SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR?
Ya. teman aura boleh digunakan oleh semua peringkat umur iaitu dari bayi hingga dewasa. Tak kisah bayi, kanak-kanak, remaja, student U, golongan veteren, semua tiada masalah untuk menggunakannya.

Berita baik untuk student U: memang segar, hilang mengantuk, tiada masalah stay up lama-lama, tiada masalah migrain, senggugut, dan juga mencerdaskan minda. InsyaALLAH

ADAKAH TEMAN AURA MEMPUNYAI SEBARANG KESAN SAMPINGAN?
InsyaALLAH tiada kesan sampingan malahan kandungannya bersifat anti kanser di mana ia dapat menyahkan bahan kimia merbahaya pada kulit kesan dari pengambilan barangan kosmetik & bahan pembersih badan.

PENYAKIT YANG SESUAI DENGAN TEMAN AURA?
Pelbagai penyakit antaranya:
Masalah kulit sensitif (eczema, jerawat, parut, ruam, gatal-gatal dll)
Stress
Lenguh-lenguh, kebas, sakit sendi
Migrain dan sakit kepala
Masalah gangguan sihir
Penyakit kronik (gout, darah tinggi, kencing manis, kolestrol, masalah saraf dll)
Masalah berat badan dan obesiti


SOALAN BERKAITAN RENDAMAN KAKI DENGAN TEMAN AURA:

BOLEHKAH PESAKIT KENCING MANIS DENGAN LUKA PADA KAKI MEMBUAT RENDAMAN KAKI AURA?
Tidak digalakkan. Sebaiknya guna Teman Aura untuk mandian harian untuk menyahkan toksid dari badan secara semulajadi. Ia juga mampu mengurangkan rasa sakit dan menurunkan paras gula secara semulajadi. Namun digalakkan pesakit mengamalkan CAMD Himax5 untuk perawatan dalaman. InsyaALLAH luka cepat kering dan sembuh.

Bagaimanapun, bagi pesakit dengan kencing manis yang tiada luka, amat disarankan untuk membuat rendaman kaki aura.

BERAPA KALI DAN BILAKAH MASA TERBAIK UNTUK MEMBUAT RENDAMAN KAKI DENGAN TEMAN AURA?
Sebenarnya tiada masalah untuk membuat rendaman kaki setiap hari. Namun masa yang dicadangkan adalah sebanyak 3 kali satu minggu iaitu pada waktu petang atau setengah jam sebelum tidur. Ini kerana kebiasaannya tubuh akan terasa penat kerana proses rendaman kaki menyahkan toksid dari tubuh.

APAKAH KESAN KETARA SELEPAS RENDAMAN KAKI DENGAN TEMAN AURA?
Kebiasaan tubuh akan terasa penat kerana tubuh memerlukan rehat yang cukup. Oleh itu, tidur menjadi lena dan nyaman. Sistem dalaman tubuh beroperasi dengan lancar dan insyaALLAH keesokan paginya tubuh akan terasa segar dan ringan.

APA PULA PERUBAHAN PADA AIR RENDAMAN TERSEBUT?
Antara perubahan yang dapat dilihat dengan mata kasar adalah perubahan warna air tersebut yang asalnya jernih menjadi keruh. Air juga akan menjadi berlendir selepas rendaman kaki dan kaki akan terasa licin dan lembut.

Khusus pesakit gangguan:Keluar sesuatu dari tapak kaki seperti kaca, rambut, jarum, miang buluh, dan lain-lain objek berkaitan. Subhanallah. Contoh testimoni seperti di bawah:



SOALAN BERKAITAN MANDIAN DENGAN TEMAN AURA:

BERAPA KALI MANDIAN DENGAN TEMAN AURA BAGI PESAKIT KULIT?
Pesakit kulit amat disarankan membuat mandian aura secara kerap dan sebaiknya diamalkan setiap hari. Caranya cukup mudah. Masukkan 3 sudu teman aura dalam sebaldi air. Mandi dahulu seperti biasa kemudian bilas dengan air bancuhan teman aura tersebut. Aroma yang disarankan adalah teman aura Milk. 
Pesakit gangguan juga amat disarankan mengamalkan mandian aura setiap hari

MENGAPAKAN TEMAN AURA MILK DISARANKAN BAGI PESAKIT KULIT?
Ini kerana susu mempunyai tekstur yang amat lembut dan mampu melembapkan kulit secara semulajadi. 

BOLEHKAH TEMAN AURA DIJADIKAN SKRUB BADAN?
Sudah tentu. Ini kerana ia mampu menanggalkan sel kulit mati dan melembutkan kulit secara semulajadi. Caranya cukup mudah. Letakkan shower gel anda di telapak tangan, campurkan dengan satu sudu teman aura, sebatikan dan skrub ke seluruh badan termasuk celahan anggota yang bermasalah. Skrub juga boleh dibuat di bahagian anggota dengan lebihan lemak. Kandungan yang terdapat dalam Teman Aura mampu mengurangkan berat badan secara semulajadi.

BAGAIMANA JIKA SAYA GUNAKAN DI WAJAH? RAMBUT?
Tiada masalah. Ia menjadikan kulit licin dan halus juga memudarkan kesan parut jerawat kerana kandungannya yang bersifat anti kanser & menyahkan toksid.

Untuk rambut, amat disarankan untuk mereka yang bermasalah kelemumur dan kutu. Kulit kepala juga akan terasa lebih segar dan hilang kegatalan. Gunakan cara yang sama iaitu dengan mencampurkan syampu anda dengan teman aura. Lumurkan di seluruh kepala. Cuci sehingga bersih.Jangan lupa bilas dengan conditioner untuk mengembalikan kelembutan rambut.


JADI...........

BERAPA PULA HARGANYA....? 
MANA NAK DAPATKAN......? 
JENIS AROMA YANG ADA & KHASIATNYA......? 

Boleh klik di sini untuk makluman lanjut



Wednesday 11 February 2015

Kami sudah.....anda bila lagi???



Jom dapatkan Teman Aura hari ini...........!


Teman aura terdapat dalam 5 jenis aroma dengan khasiat tersendiri. Pm admin untuk detail.


Juga boleh baca di sini ----------->> Info tentang Teman Aura (sila klik di sini)

Berapa pula harganya???

BUKAN RM299
BUKAN RM200
BUKAN RM199
BUKAN JUGA RM100
RM50 PUN BUKAN....habis tu berapa???????


Jom dapatkan hari ini juga!!!!!!!!!

Monday 9 February 2015

GOUT


Cara perawatan:


  1. Kebiasaan bagi pesakit gout, mereka akan merasa sakit yang berdenyut-denyut dan mencucuk. Oleh itu, amatlah disarankan supaya pesakit gout membuat rendaman kaki dengan Teman Aura.
  2. Aroma yang disarankan adalah teman aura dengan aroma Citronella Plus Slimming ataupun Ginger Plus Slimming. Ini kerana kandungan ekstrak epal hijau mampu menurunkan berat badan secara semulajadi sekaligus memperbaiki sistem tubuh dan meredakan bengkak.
  3. Caranya mudah sahaja, isikan air sehingga paras buku lali, satu sudu teman aura, segayung ais dan rendamkan selama 20 hingga 30 minit. Buat samada di waktu petang atau setengah jam sebelum tidur.
  4. Ulangi rawatan dengan kadar 3 kali dalam satu minggu secara berselang seli.



Antara testimoni bagi penyakit gout:






Sunday 8 February 2015

MADU SIDIR PERGUNUNGAN



KEISTIMEWAAN, KHASIAT & KEHEBATAN MADU ASLI ALHAM
MADU PERGUNUNGAN SIDIR.
“Menyingkap Rahsia  Madu  Madu lebah terbaik, paling berkualiti dan paling termahal yang diiktiraf dunia”

TAHUKAH ANDA!!!

Madu lebah “SIDIR” dikenal pasti sebagai madu lebah terbaik, paling berkualiti dan paling termahal di dunia. Ianya merupakan madu lebah yang mempunyai keistimewaan tersendiri dari sudut rasa, aroma kandungan zat-zat dan khasiat yang diiktirafkan paling terbaik. Keistimewaan madu lebah sidir adalah kerana pokok-pokok sidrnya (Ziziphus Spina Christi, L.Willd) yang terdapat di kawasan pergunungan di mana tanah dan kawasan di situ masih terpelihara dari pencemaran. Manakala lebah yang menghasilkan madu di pergunungan pula adalah jenis lebah yang khusus memakan debunga sidir sahaja.

Pokok sidir yang dipercayai oleh kebanyakkan masyarakat arab sebagai salah satu pokok istimewa sehingga disebut di dalam Al-Quran pohon yang terdapat di alam dunia dan alam akhirat lagi pula pohon yang tertua di dunia.Pokok Sidir biasanya terdapat di negara Yaman (Syam) di tanah Arab. Biasanya tumbuh di pergunungan Hadhramaut dan menjadi kegemaran lebah-lebah di sana menghisap nektar dari bunganya bagi penghasilan madu. Pokok Sidir diterjemah secara am sebagai pokok bidara dalam bahasa Melayu namun spesis pokok ini hanya terdapat di tanah Arab sahaja dan pengusaha madu golongan Badwi secara turun-temurun adalah di Yaman secara khususnya. Pokok ini mengeluarkan aroma bau buahan seumpama epal yang menjadi kegemaran lebah.

MADU SIDIR adalah madu  yang benar-benar asli sebenarnya dan kesahihan tentang keasliannya tidak dapat diragui serta dinafikan setelah banyak kajian yang dilakukan menemui pelbagai rahsia dan kejaiban di dalam MADU SIDIR yang tidak ada pada madu lain mahupun perubatan moden diabad ini. MADU SIDIR juga mempunyai khasiat 5 kali ganda dari madu lebah ternak, Menurut Badan makanan dan pertanian PBB (FAO), MADU SIDIR seratus kali lebih mahal daripada jenis madu-madu lainnya di pasar global karena perbedaan kandungan, manfaat ubat-ubatan dan gizinya.

 “Menurut kajian, madu yang berwarna gelap dan kehitaman adalah lebih baik kandungan mineralnya”. – Universiti Wisconsin

Kajian yang dilakukan oleh University of Ottawa (Canada) menemukan bahawa :
  • Efektifitas MADU SIDIR dalam membunuh bakteri MSSA (methicillin sensitive staphylococcus aureus) mencapai 63%.
  • Efektifitas MADU SIDIR dalam membunuh bakteri MRSA (methicillin-resistant Staphylococcus aureus) mencapai 73%.
  • Efektifitas MADU SIDIR dalam membunuh bakteri PA mencapai 91%

MADU SIDIR memiliki kemampuan membunuh yang kuat terhadap aneka bakteria tersebut, bahkan lebih hebat dibanding anti-mikroba yang paling hebat yang digunakan kedokteran modern saat ini.

PENAWAR HIMAX5



Penawar Himax5 diformulasi dari CAMD Himax5 yang bersifat ready-to-drink.

Harga Pasaran:
RM4.00(sm) RM5.00(ss)

Cara Guna:
1. Hanya perlu amalkan 3 botol untuk sehari bagi tujuan perawatan.
2.Minum ketika perut kosong.

Mudah kan?

Pihak syarikat mengalu-alukan stokis baru yang berminat untuk menjadi pengedar bagi produk Penawar Himax5 ini. Pengedar seluruh Malaysia dialu-alukan.

Sesuai bagi:
1. Orang berumur
2. Kanak-kanak
3. Pelajar

Baik untuk:
1. Menguatkan daya ingatan.
2. Menghilangkan rasa mengantuk ketika mengulangkaji.
3. Badan terasa lebih segar dan bertenaga.
4. Merawat masalah migrain yang teruk.
5. Merawat masalah rabun atau silau.
6. Memulihkan penyakit tekanan darah rendah.
7. Melawaskan sistem pencernaan.

Pm untuk mengetahui harga borong yang ditawarkan dan syarat stokis.

Thursday 5 February 2015

MADU ACACIA


Madu ACACIA , merupakan madu dari pohon Acacia yang dikutip oleh spesis lebah APIS MELIFFERA.  Madu yang dianggap paling baik adalah yang dikeluarkan dari bunga pokok “sidir” (Ziziphus Spina Christi, L.Willd) dan ‘Sumur’ (Acacia Tortillis, Forsk. Hayne). Lebah atau nama saintifiknya Apis Mellifera di antara makluk ciptaan Allah SWT yang dikenali lantaran madu yang dihasilkannya.

Jenis lebah juga mempengaruhi kualiti madu terutama sekali pada jumlah kandungan air di dalam madu. Lebah terbaik adalah dari jenis Apis Mellifera yang bermaksud ‘Lebah Pemburu Madu’. Lebah spesis bersaiz 10mm ke 20mm ini terbukti unggul dan produktif dalam menghasilkan madu yang berkualiti dan berupayaan menghasilkan madu yang mempunyai kadar air (moisture) yang sangat rendah.
Tanpa  madu, lebah hanya dianggap sebagai haiwan biasa, walaupun ia merupakan agen pendebungaan yang penting. Komuniti lebah yang berdisiplin, komited dan rajin bekerja. Hasil dari kerajinan dan ketekunan makhluk Allah ini maka terhasillah madu yang mempunyai 1001 khasiat yang secara tidak langsung memberi sumbangan yang besar kesejahteraan kehidupan manusia.
Keistimewaan lebah ini telah diabdikan oleh Allah di dalam Al-Quran. Pengabadian ini dilakukan menamakan satu surah dengan nama An-Nahli (lebah).
Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu Acacia mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Ia juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink. Madu Acacia turut mengandungi pelbagai jenis vitamin, antaranya B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisi bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam madu Acacia amat diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Berikut dirumuskan antara penyakit-penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pemakanan Madu Acacia :
1. Asma 
2. Haid tidak teratur
3. Resdung 
4. Alahan
5. Jerawat 
6. Rambut gugur
7. Barah 
8. Letih & Lesu
9. Sakit kepala 
10. Buasir
11. Lendir kahak 
12. Sakit pinggang
13. Batuk kering 
14. Lemah jantung
15. Sakit sendi 
16. Batuk
17. Sakit mata 
18. Sukar tidur
19. Darah tinggi 
20. Pening
21. Gastrik
Madu Acacia juga memiliki pelbagai jenis khasiat-khasiat seperti berikut:
1. Menambahkan stamina 
2. Menjadi sumber tenaga
3. Meningkatkan metabolisme tubuh 
4. Mengandungi agen antioksidan yang tinggi
5. Melancarkan peredaran darah 
6. Mengurangkan kadar kolesterol dalam darah
7. Melancarkan sistem pencernaan 
8. Meningkatkan semangat seksual / tenaga batin
9. Mengubati luka 
10. Menjadikan kulit lebih licin dan halus

MINYAK ZAITUN RAVIKA


Khasiat Dan Manfaat Extra Virgin Minyak Zaitun

Pohon zaitun pertama diketahui pemanfaatanya sekitar 6,000 tahun sebelum masihi. 1000 tahun Sesudah Masihi Pohon zaitun baru menyebar luas ke benua Eropa, Afrika dan seterusnya. Minyak zaitun, tidak seperti semua minyak pada umumnya yang diperoleh dari biji, dan minyak zaitun bukan satu-satunya yang diperoleh dari buah tanaman.

Minyak zaitun secara praktis adalah lemak nabati dalam keadaan cair pada suhu kamar. Pemurnian atau extra virgin minyak zaitun diperoleh dengan mekanik menekan dari biji zaitun tidak termasuk proses industri. Sangat pantas jika minyak zaitun disebut extra virgin, selain diekstraksi menjadi murni secara mekanik, minyak zaitun tidak tunduk pada semua jenis pemanasan dan derajat keasaman. Minyak zaitun juga lebih unggul satu per sen dan skor dari titik organoleptik tampilan tidak kurang dari 6,5. 

Kebanyakan Semua jenis minyak yang dari tumbuhan, belum ada yang memenuhi karakteristik seperti zaitun ini.

Kandungan Bermanfaat Dalam Extra virgin Minyak Zaitun

Extra virgin Minyak zaitun dapat dibagi menjadi dua kelompok: saponifiable, mewakili sekitar 99% dan terdiri dari trigliserida. Unsaponifiable, mewakili sekitar 1% dan terdiri dari berbagai antioksidan dan vitamin. Antioksidan ini memiliki khasiat yang bermanfaat sangat penting bagi kesehatan tubuh manusia yang akan kita lihat nanti. Zat lain yang hadir dalam Extra virgin minyak zaitun termasuk hidrokarbon, lilin, alkohol, sterol, polifenol, dan pigmen. Sekitar 85% dari asam lemak hadir dalam minyak zaitun extra virgin diwakili oleh asam lemak tak jenuh, termasuk asam oleat dan asam linoleat.

Manfaat Pengubatan Ada Dalam Ekstra Virgin Minyak Zaitun
Makanan pokok diet Mediterania, minyak zaitun sekarang dianggap sebagai landasan untuk pengobatan dan pencegahan berbagai penyakit. Menurut beberapa Penelitian yang dilakukan pada beberapa kesempatan, telah menunjukkan beberapa sifat menguntungkan extra virgin minyak zaitun : penggunaannya mengurangi kehadiran LDL normal atau "kolesterol jahat" dan meningkatkan kadar HDL "Kolesterol baik". Mengurangi sekitar 30% kemungkinan serangan jantung dan menurunkan tekanan darah.
Polifenol dan vitamin E dalam minyak zaitun ekstra, berkat aksi antioksidan, membantu mencegah aterosklerosis dan memperlambat penuaan sel. Seperti dilansir beberapa penelitian, ada bukti yang mengaitkan penggunaan Extra virgin minyak zaitun dengan penurunan beberapa tipe kanker, terutama kanker payudara. Selain itu, angka kematian akibat kanker lebih tinggi di negara-negara lain daripada di negara-negara dari kawasan Mediterania.

Extra virgin minyak zaitun
Minyak zaitun extra virgin adalah makanan yang sangat sehat dan alami dengan daya cerna tinggi dan membantu fungsi hati lebih sehat, mengatur baik fungsi lambung dan dengan demikian mengurangi risiko terkena ulkus duodenum, ini artinya zaitun sangat baik untuk kesehatan.
Buah zaitun kaya dengan vitamin E dikatakan mampu melindungi sel-sel dari radikal bebas yang berbahaya. Menurut kajian, antioksidan ini dikatakan mampu menguatkan sistem imun, mengurangkan penyakit seperti selesema. Asid oleik di dalam buah zaitun pula dikatakan mampu berfungsi memberi keanjalan pada kulit dan melindungi elastin kulit dari rosak.

Cegah darah beku
Sumber polifenois, sebatian antioksidan di dalam buah zaitun dikatakan mampu mencegah darah beku yang berbahaya. Satu kajian dalam Journal of American College of Cardiology mengaitkan sebatian ini dengan peningkatan nitrik oksida, molekul jantung sihat yang meningkatkan pelebaran pembuluh darah dan aliran darah.
Jika dibandingkan dengan diet tinggi dalam lemak tepu, diet tinggi karbohidrat, terdapat beberapa kajian yang telah menunjukkan bahawa minyak zaitun bukan sahaja mengurangkan tahap LDL kolesterol tetapi turut merendahkan tahap gula darah dan mengurangkan keperluan insulin bagi pesakit tahap dua diabetes.

Mengurangkan risiko kanser
Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Ðidapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur-sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut.
Ðalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar-pakar sains mendapati diet Mediterranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan asid oleik yang terdapat di dalamnya.

Meningkatkan metabolisme
Buah zaitun dikatakan mampu meningkatkan metabolisme. Malah dikatakan mengambil setengah cawan buah zaitun setiap hari mampu mencegah kegemukan. Khasiat lemak tidak tepu dalam buah zaitun mempercepatkan pembakaran lemak dan mencegah gula diubah menjadi lemak.
Selain itu, kajian dalam British Journal of Nutrition mendapati, asid lemak mono tidak tepu merangsang choolecystokinin, sejenis hormon menekan nafsu makan yang menghantar isyarat kenyang ke otak.

Melambatkan proses penuaan
Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walau bagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Ði samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.

Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosi
Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung.

Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau.

Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.

Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta)."
Ramuan untuk kecantikan
Ði samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.

Ðengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba-hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam al-Quran, malah pakar-pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.

Ringkasan manfaat buah zaitun :

• Membantu mengatasi masalah darah tinggi

• Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
• Merendahkan tahap kolestrol berbahaya
• Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis (pembuluh darah tersumbat dan sempit)
• Mengurangkan risiko serangan kanser
• Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
• Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
• Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
• Menyihatkan kulit dan rambut
• Antioksidan - Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
• Membekal vitamin E
• Kegunaan massage terapi

Monday 2 February 2015

PATI DELIMA GULSAN

Bismillahirahmanirahim....



Tahukah anda bahawa buah delima mempunyai khasiat yang jarang diketahui oleh kebanyakan orang? Ia adalah buah syurga dan diberitakan di dalam Al-Quran sebanyak 3 kali. Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun dahulu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).


MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL

Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.


MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.


MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.

Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An’am ayat 99 dan ayat 141.

Mengikut sejarah, buah delima secara tradisionalnya melambangkan kesuburan. Buah delima telah ditanam di Mesir sebelum zaman Nabi Musa. Ia telah ditemui di lembah Indus pada zaman awal dan terdapat perkataan Sanskrit untuk delima.











Antara Khasiat Buah Delima ialah:


Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit

Melawan penyakit gout
Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
Merawat ‘sinus’
Mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi 
Meningkatkan tenaga
Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar 
Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
Mengatasi masalah penyakit buasir
Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua
Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
Menormalkan fungsi hati
Menstabilkan peredaran darah
Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
Mencuci darah kotor
Antioksida yang tinggi
Menstabilkan paras kolesterol
Mencegah penyakit jantung
Menurunkan tekanan darah tinggi
Mencegah penyakit barah
Merangsang tenaga batin

Jika kita lihat pada khasiat buah delima banyak penyakit yang boleh dirawat melaluinya. Amalan minum pati delima setiap hari insyaallah akan mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya.


Jika anda ingin mendapatkan pati buah delima yang diambil dari 100% perahan buah delima tulen . Ia adalah pati delima gulsan yang diimport dari Turkey.

TESTIMONI PENGGUNA

KULIT CERAH

Saya baru minum 1/2botol pati delima, tiba-tiba malam tadi hubby tegur, dia kata nape muka saya nampak lebih cerah...hehe penangan pati delima kot.. - Ani, Pasir gudang

LAWAS BUANG AIR

akak, sejak minum pati delima ni, sy buang air besar mmg lawas, tak perlu lagi nk minum yogurt setiap hari untuk kasi lawas..seronok sgt.. - Suria, Seremban

BADAN BERTENAGA

Akak rasa sekarang ni badan bertenaga, kalau tak..bila petang aje mata asyik rasa ngantuk nk tidur..memang boleh jadikan amalan..buang air besar pun lawas - Haliza, Kota tinggi

PERUT KEMPIS

kak shaini, saya sejak bersalin, badan naik..ni saya amalkan pati delima, rasanya perut saya makin kempis..badan rasa ringan - nurul, singapore

KESUBURAN

Saya amalkan Pati Delima ni 2 bulan, alhamdulillah rezeki saya menyusul (setelah cuba berusaha hampir setahun, sampailah ade kawan syorkan ambik pati delima) sebab ia menguat dan menyuburkan rahim. Murah pun murah. Boleh teruskan minum samada tgh period, mengandung. Sebab kalau mengandung bagus untuk kulit and perkembangan baby.- nieta shairi, Kuching

RAWAT KEPUTIHAN

saya mkn pati delima ni untuk rawat keputihan, lps seminggu mkn, keputihan keluar banyak..naik risau juga tp lepas seminggu kemudian, keputihan yang keluar dah semakin kurang..mungkin ni cara ia merawat..sekarang dah tak perlu pakai pantiliner..alhamdulillah..- nilda, pasir gudang

RAWAT RESDUNG
saya ada masalah resdung yang agak serius, pagi2 mesti bersin-bersin..hidung selalu gatal..saya try minum pati delima+sapu minyak jerslin kat hidung 3-4x sehari..lps 2 hari muka saya rasa gatal-gatal..tapi saya teruskan aje minum pati delima n sapu jerslin..2hari kemudian dah takde rasa gatal..tiap pagi juga dah tak bersin..alhamdulillah syukur..- masni, muar.

BADAN BERTENAGA DAN ELAK SELSEMA
Ibu sya berumur 56tahun..katanya bila dia amal pati delima, badan rasa bertenaga, dulu kerap kena selsema ni dah lama xkena selsema..kiranya mmg sesuailah untuk dihadiahkan kat ibu tersayang, biar ibu sentiasa sihat..alhamdulillah - sha, kelantan.

RAWAT DENGKUR
suami mengalami masalah dengkur yang serius sampai anak-anak pun tegur..jadi kak shaini mencadangkan sy kasi suami PATI DELIMA ni..saya siap suapkan suami 1 sudu setiap pagi n malam sebelum tidur..kalau tak,mau dia nk minum sndiri..dan alhamdulillah baru kasi 4hari, dengkurnya tu dah semakin kurang..syukur sesangat..- Aini, Kuala Krai.

PERUT KEMPIS DAN STABILKAN HAID
Kak Ya baru minum 3hari pati delima ni dah nampak perut kempis..rasa kenyang..minum pati delima ni perut rasa selesa..period pun lawas tak macam dulu..- Nik Suria, Guchil Kelantan.

KULIT BERSERI
Mantap kak...tq.suami aza puji2,dia kata muka aza berseri.skrg aza bg dia cuba minum jg sb dia kuat berdengkur.kak aza ada suggest kt kwn aza dia tgl brunei gak - Aza, Brunei

KULIT LEMBUT DAN LICIN
Pati delima baru minum setengah botol..tapi kulit rasa lain..rasa lembut,licin.. - Rose, Kuala Krai.

TAMBAH ANTIBODI BADAN
Saya dah amal pati delima dah 1 botol dah..memang sejak awal lagi dah rasa khasiatnya..kulit cerah, haid lawas, keputihan pun dah takde dah..dan yang saya baru perasan, saya tak mudah dijangkit selesama/batuk. sebelum ni kalau anak-anak tak sihat, lepas diaorg baik, sure saya pulak yang kena..rasanya pasti PATI DELIMA ni dah tambah ANTIBODI dalam bdan saya..hehe..alhamdulillah..- kak sa, Pasir Gudang.

Cara paling mudah dan murah untuk menjaga kesihatan/kecantikan sekaligus
hanya tuang & minum...itu saje
rasanya pun SEDAP !
Cubalah sebotol dan rasai sendiri khasiat PATI DELIMA ini

UNTUK PERINGATAN BAGI UMAT ISLAM.... SESUNGGUHNYA YANG MENYEMBUHKAN PENYAKIT HANYA LAH ALLAH S.W.T

Tiadalah memberi bekas(kesan) barang sesuatu tanpa keizinanNya, usaha,ihktiar dan doa Insyallah!!